fbpx

Pelajar tingkatan dua sanggup dinoda kerana cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini sanggup menyerahkan tubuhnya kepada teman lelaki sebagai bukti cinta agar tidak ditinggalkan.

Namun, selepas menyedari cintanya dipermainkan oleh teman lelaki berusia 19 tahun, pelajar terbabit memaklumkan perbuatan terkutuk itu kepada neneknya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, pelajar terbabit mendakwa dia mengenali teman lelakinya yang merupakan seorang pembantu tukang rumah menerusi Facebook pada Februari lalu.

“Pelajar itu mendakwa kira-kira sebulan kemudian, dia bertemu teman lelakinya itu di rumah neneknya di sebuah taman perumahan di sini dan turut melakukan hubungan seks,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa mendakwa dia terpaksa mengikut kata-kata teman lelakinya termasuk melakukan hubungan seks kerana terlalu mencintai lelaki itu dan takut ditinggalkan.

“Sebaik menerima laporan pada semalam, kita menghantar pelajar itu untuk pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk pemeriksaan,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya sedang mengesan lelaki terbabit yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI