fbpx

Dewan Rakyat: Tempoh buang undi ditambah sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tempoh masa pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang bagi Semenanjung Malaysia akan dipanjangkan selama sejam iaitu bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar melalui jawapan bertulis di Parlimen berkata, bagi Sabah dan Sarawak pula tempoh mengundi adalah antara pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang.

“Ini merupakan antara penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisyen, adil dan telus,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) yang ingin tahu penambahbaikan yang dibuat SPR bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi serta menjamin ketelusan proses mengundi pada PRU-15 dan seterusnya.

Tambah Wan Junaidi, antara langkah penambahbaikan lain yang telah dilakukan ialah penambahan saluran khusus bagi pengundi 60 tahun ke atas dan warga kurang upaya.

Selain itu, terdapat juga penambahan pusat mengundi dan saluran, bagi tujuan mengelakkan kesesakan, ekoran penambahan pengundi daripada pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik.

“SPR dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas tempoh berkempen oleh mana-mana parti atau calon.

“Sebarang aduan kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dibuat, katanya lagi, sewajarnya diajukan kepada pihak SPRM dan PDRM untuk tindakan susulan,” jelasnya lagi – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI