fbpx

Ulang tahun ketiga protes terbesar di Baghdad, 28 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta tunjuk perasaan bertempur dengan anggota keselamatan di jambatan Al-Jumhuriya, menghala ke pusat bandar Baghdad, kelmarin. – AFP

BAGHDAD – Sekurang-kurangnya 28 orang cedera dalam acara protes di pusat bandar Baghdad, Iraq, kelmarin, ketika peserta mengadakan demonstrasi sempena ulang tahun ketiga tunjuk perasaan bulan Oktober yang pernah tercetus sebelum ini, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Pihak berkuasa Iraq dalam satu kenyataan mengesahkan sembilan orang awam dan 19 pegawai serta ahli perkhidmatan keselamatan cedera dalam protes tersebut.

Awal kelmarin, beratus-ratus peserta mengadakan protes di Tahrir Square di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat.

Pada Oktober 2019, protes terbesar di Iraq tercetus ketika penduduk menggesa kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Adel Abdul Mahdi untuk meletak jawatan.

Agensi Berita Iraq (INA) melaporkan bahawa peserta demonstrasi kali ini mengibar bendera negara Iraq dan melaungkan slogan-slogan yang menentang rasuah kewangan dan pentadbiran serta kuota politik.

Perdana Menteri Mustafa Al-Kadhimi menggesa peserta tunjuk perasaan agar mematuhi keamanan dan bekerjasama dengan anggota keselamatan bagi melindungi institusi negara serta harta benda awam dan peribadi.

Perkhidmatan keselamatan Iraq turut memantau sebilangan peserta yang menggunakan bom botol, raifal dan peluru terhadap pasukan keselamatan.

Para peserta dilaporkan cuba menceroboh beberapa penghadang yang dipasang anggota keselamatan selain mereka turut melempar batu, yang menyebabkan anggota keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Sumber perubatan dan keselamatan memberitahu agensi berita Reuters bahawa polis turut bertindak balas dengan melempar bom tangan asap ke arah orang ramai bagi meleraikan pergelutan yang telah menyebabkan 28 orang mengalami kesukaran untuk bernafas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI