fbpx

Semua skrin iklan di Baghdad dipadam selepas tayang filem lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skrin iklan di seluruh Baghdad dipadam pada pagi kelmarin. – AFP

BAGHDAD, IRAQ – Pegawai-pegawai Iraq mengarahkan agar semua papan skrin pengiklanan elektronik dimatikan di seluruh Baghdad selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab yang menayangkan klip lucah, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Insiden  berlaku pada sebuah skrin pengiklanan di sebuah simpang utama di ibu kota Iraq itu. 

Menurut polis, seorang lelaki ditahan kerana mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Satu kenyataan menyebut suspek ialah seorang juruteknik yang mempunyai isu kewangan dengan syarikat yang mengendalikan skrin iklan tersebut. Dia dikatakan bertindak demikian untuk membalas dendam.

“Penggodam menayangkan klip filem pornografi selama beberapa minit sebelum kami mematikan kabel kuasa kelmarin,” kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Tambahnya, video tidak bermoral itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mematikan semua skrin papan iklan di kota Baghdad ketika penilaian keselamatan dilakukan.

Skrin-skrin iklan tersebut yang kebiasaannya digunakan untuk memaparkan iklan produk atau ahli politik dipadam  kelmarin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI