fbpx
Daniel Gooi (empat,kanan) merasmikan Pelancaran Bahan Promosi Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

127 dikompaun merokok di Tapak Warisan Dunia George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Jumlah individu yang dikenakan tindakan kerana merokok di kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town pada tahun ini menunjukkan peningkatan apabila 127 notis telah dikeluarkan, melebihi 106 notis yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, trend itu menunjukkan masih terdapat segelintir individu yang gagal mematuhi larangan merokok meskipun kawasan berkenaan telah diwartakan sebagai zon bebas rokok sejak 2015.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah menjalankan 114 operasi penguatkuasaan di kawasan tersebut sejak 2022 sehingga kini, yang membawa kepada pengeluaran sebanyak 597 notis atas pelbagai kesalahan berkaitan merokok.

“Di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), individu yang didapati merokok di kawasan zon larangan boleh dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM250 bagi setiap kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bahan Promosi Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, di sini hari ini.

Selain kawasan berkenaan, beberapa lokasi lain di Pulau Pinang turut diwartakan sebagai zon larangan merokok di bawah Akta 852 termasuk Taman Perbandaran Jalan Utama, Taman Botani, Empangan Air Hitam, Empangan Teluk Bahang, Empangan Mengkuang serta Taman Bandar Ampang Jajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN