fbpx

Sempat bersaing 3 minggu, Haida Hasnan tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIDA Hasnan tidak dapat meneruskan kemaraan ke minggu seterusnya pentas Gegar Vaganza musim kesembilan selepas tersingkir sebentar tadi.

SHAH ALAM – “Terima kasih pentas GV9 beri peluang untuk Haida beraksi.”

Itu ungkapan yang berbutir daripada bibir penyanyi Haida apabila tersingkir pada konsert minggu ketiga program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sebentar tadi.

Haida yang ditemui sebentar tadi bersyukur dan gembira apabila diberi peluang untuk membuat kemunculan semula menyertai GV9 walaupun hanya untuk tiga minggu.

“Terima kasih untuk peluang ini. Terima kasih untuk barisan juri dan peminat.

“Banyak saya belajar selama tiga minggu ini,” katanya yang hanya memperolehi markah 54.0 peratus.

Menerusi persembahan sebentar tadi, Haida menyanyikan lagu Nang nyanyian asal penyanyi Iman Troye.

Konsert minggu ketiga GV9 bertemakan Pilihanmu, Okey Lock! menyaksikan penyanyi Shila Azmah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 78.8 peratus.

Tempat kedua diikuti Bob Yusof dengan kutipan markah sebanyak 77.3 peratus dan Hazrul di kedudukan ketiga (71.9 peratus).

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI