fbpx

Pengerusi dakwa bekas pekerja curi dokumen RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mazlan Goh bercakap pada sidang akhbar kehilangan peralatan syarikat, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Dokumen rahsia milik seorang pengarah produksi yang dilarikan bekas pekerjanya, seorang warga China sejak tahun 2020 kini mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan dokumen tersebut.

Lebih membimbangkan, dia mendakwa menerima ugutan daripada bekas pekerja tersebut untuk mendedahkan dokumen berkenaan kepada pekerja, pelanggan dan rakan kongsinya di China.

Pengerusi NQ Cultural Commercial (NQCC) Sdn. Bhd, Dr. Mazlan Goh Ahmad Goh, 54, mendakwa wanita terbabit mempunyai akses terhadap bahan dan dokumen sulit milik syarikatnya yang bernilai sekitar RM100,000.

“Wanita ini menjatuhkan nama baik dan reputasi syarikat saya kepada rakan kongsi kami dengan menghantar mesej berbaur hasutan, fitnah dan perkara buruk tentang syarikat kami kepada syarikat lain.

“Dua wanita dikenali sebagai ‘Yuan Wei’ dan ‘Zhu Shanshan’ juga mengugut membayar sejumlah wang kira-kira RM580,00 jika tidak mahu difitnah lagi kepada rakan kongsi,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya, di sini hari ini.

Susulan itu, Mazlan telah membuat empat laporan polis di Balai Polis Sea Park pada 26 Oktober 2020 dan 26 September 2022.

Menurut Mazlan, wanita itu telah mencuri komputer riba berharga RM11,999

Lebih merisaukan Mazlan, wanita terbabit mempunyai akses untuk menjual maklumat sulit itu kepada rakan kongsinya yang mampu mencapai jutaan ringgit mengikut harga pasaran.

“Jadi saya minta polis untuk lakukan siasatan terhadap kes fitnah, ugutan dan kehilangan komputer riba mengandungi dokumen-dokumen penting itu sekaligus membersihkan nama syarikat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI