fbpx

KDA FC azam pamer kebangkitan bertemu JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA gagal mengambil kesempatan aksi di laman sendiri selepas tewas berdepan PJ City semalam. - FB KDA FC

Oleh MOHD RIFAAT ABD HAMID

JURULATIH Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak kecewa selepas pasukannya tumpas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) dalam saingan Liga Super di gelanggang sendiri Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Menurut Aidil Sharin, kekalahan itu sungguh mengejutkan dan ia sudah pasti akan merencatkan misi pasukannya untuk mencapai kedudukan tiga pasukan terbaik dalam Liga Super musim ini.

Justeru, beliau yang mewakili pasukan memohon maaf kepada seluruh penyokong Kedah yang terpaksa pulang dengan perasaan hampa.

“Pasukan Kedah banyak membuat kesilapan terutama sering kehilangan bola, hantaran yang tidak tepat serta pertahanan mudah dibolosi oleh pihak lawan sehingga pasukan lawan mudah mengambil beberapa kesempatan untuk menjaringkan gol.

“Memang saya tidak nafikan pemain telah memberikan persembahan sebaik yang mungkin, tetapi setiap kali di hadapan pintu gol lawan, mereka  gagal untuk memanfaatkan peluang untuk mendapatkan jaringan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kekalahan itu diharap dapat menyuntik kembali  semangat kepada pasukannya yang akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT)  pada Selasa ini.

“Kami akan cuba membaiki segala kesilapan pada perlawanan ini. Dalam masa tiga hari ini, semua pemain diharap dapat bangkit semula kerana kita bertemu dengan Harimau Selatan yang merupakan antara pasukan terbaik di Asia ini.

“Saya yakin semua pemain akan bangkit kembali daripada kekecewaan itu dengan semangat juang yang tinggi. Apa yang penting semua pemain perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan dalam sukan bola sepak boleh berlaku apa sahaja nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI