fbpx
Zahasnah (tengah) dikunjungi jiran tetangga dan saudara-mara yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat untuk bertanya khabar mengenai keadaan Azi baru-baru ini.

Ibu gembira dapat tatap wajah Azi ketika buat panggilan video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Ibu kepada seorang ejen jualan barangan kosmetik dikenali sebagai Azi, 36, yang diculik selama lebih dua minggu mengakui pernah dua kali berhubung dengan anak perem­puannya itu menerusi panggilan video ketika wanita itu berada di Thailand minggu lalu.

Zahasnah Mohd. Zain, 61, berkata, menerusi panggilan vi­deo itu, hatinya lega apabila melihat anaknya itu berada dalam keadaan selamat, malah Azi turut memaklumkan akan pulang tidak lama lagi.

“Kami berhubung menerusi panggilan video pada minggu lalu. Jika tidak silap, dia ketika itu sudah berada di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

“Azi memaklumkan bahawa berada dalam keadaan selamat. Dia juga berpesan kepada saya dan ayahnya untuk makan dan jangan fikir yang bukan-bukan kerana dia baik-baik sahaja di sana,” katanya ketika ditemui Kos­mo! di rumahnya di Kampung Semat Jal di sini kelmarin.

Berita berkaitan: Azi selamat, kini berada di Kuala Lumpur

Berita berkaitan: Azi bebas tanpa wang tebusan

Menurut Zahasnah, dia tidak sempat bercakap lama dengan Azi menerusi panggilan video itu, namun melihat anaknya sudah memakai baju berbeza berban­ding hari dia diculik.

Katanya, selepas dua kali berhubung minggu lalu, Azi tidak lagi menghubunginya sehingga be­rita kepulangannya pada malam Khamis lalu.

“Meskipun sudah berada di Malaysia, saya masih belum dapat berhubung dengan Azi. Saya bersyukur dan amat merinduinya.

“Kami akan menunggu kepulangannya,” kata Zahasnah.

Berita berkaitan: Bapa Azi sudah ada selera makan

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, mangsa diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.

Kosmo! semalam melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, wanita itu kini berada di satu lokasi di Kuala Lumpur dan dia diselamatkan di Thailand tanpa membabitkan sebarang pembayaran wang tebusan.

POPULAR