fbpx
Ahli keluarga menampal notis di rumah di Kampung Semat Jal, Tumpat bagi memaklumkan Azi masih belum pulang selepas diselamatkan polis.

Bapa Azi sudah ada selera makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Bapa mangsa culik yang sebelum ini hilang selera makan sejak anaknya dilarikan sekumpulan lelaki kini sudah mula menjamah sedikit makanan sebaik dimaklumkan wanita itu berjaya diselamatkan polis.

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, bapanya, Mohd. Naim Awang, 70, sudah mula berselera dengan memakan roti selepas menerima berita gembira tersebut.

Bagaimanapun, anak mangsa ma­sih tidak ke sekolah sejak kejadian pada 13 September lalu itu kerana bimbangkan keselamatannya.

Berita berkaitan: Bapa ejen kosmetik masih risau, hanya makan biskut

“Kami menunggu keadaan reda dahulu dan baru akan mula fikir untuk anak Azi (mangsa culik) kembali ke sekolah.

“Syukur bapa juga sudah ada selera makan selepas mengetahui Azi kini berada dalam jagaan polis.

Berita berkaitan: Apa dosa anak saya sampai diculik

“Sebelum ini, dia memang hilang selera makan dan tak lena tidur,” katanya ketika ditemui di Kampung Semat Jal di sini semalam.

Menurut wanita itu, sepanjang tempoh Azi diculik, bapa­nya hanya makan biskut dan air sahaja apabila lapar selain berat badannya kelihatan susut me­ngenangkan nasib yang me­nimpa keluarga mereka.

Tambahnya, anak tunggal Azi berusia 13 tahun sangat merindui ibunya itu dan setiap masa menghubunginya untuk mengetahui sama ada wanita itu sudah dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke rumah.

POPULAR