fbpx

Mayat wanita kaya ditemui dalam bagasi di Sungai Mekong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS membuka bagasi hitam yang dikeluarkan dari Sungai Mekong. – Khaosod

BANGKOK – Polis Kor Marin Diraja Thailand menemui sebuah bagasi yang disumbat dengan mayat seorang wanita, terapung di Sungai Mekong, dalam wilayah Nakhon Phanom pada Rabu lalu, lapor laman berita Thaiger.

Anggota-anggota Balai Polis Marin Wilayah Nakhon Phanom menarik bagasi itu keluar dari sungai tersebut pada kira-kira 20 meter dari jeti balai itu.

Wanita tersebut didapati memakai singlet biru bersama seluar jeans biru. Sepasang cermin mata dan jaket berwarna putih turut ditemui dalam bagasi tersebut.

Seorang pegawai melaporkan bahawa wanita itu bukan penduduk di kawasan tersebut.

Mangsa dikatakan mempunyai gaya hidup mewah berdasarkan pakaian berjenama yang dipakainya selain barang-barang ditemui di dalam bagasi yang menampilkan jenama Jaspal, Lee Cooper, Sabina, Fila dan Gucci.

Polis memaklumkan bahawa mangsa mengalami kesan luka di muka, manakala tiada dokumen pengenalan ditemui untuk me­ngenal pasti identitinya. Mereka percaya mangsa sudah meninggal dunia selama lebih lima hari.

Seorang pegawai mengesyaki bahawa bagasi itu terapung dari wilayah Bueng Kan atau dari negara jiran ke Thailand. 

Media tempatan melaporkan bahawa beberapa nelayan melihat bagasi itu tiga hari sebelum ditemui tetapi menyangka ia hanya longgokan sampah. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Srinagarind di wilayah Khon Kaen untuk prosedur bedah siasat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI