fbpx

Lagi bantuan baharu AS$12 billion kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA Ukraine melepaskan tembakan artileri di barisan hadapan di sebuah lokasi rahsia di Ukraine pada 21 September lalu. - AFP

WASHINGTON – Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan bantuan baharu ketenteraan dan ekonomi berjumlah AS$12 bilion (RM55.6 bilion) kepada Ukraine kelmarin sebagai sebahagian daripada lanjutan bajet Persekutuan hingga Di­sember ini.

Langkah dipersetujui oleh barisan senator daripada parti pemerintah dan pembangkang itu termasuk dana AS$3 bilion (RM13.9 bilion) untuk senjata, bekalan lain dan gaji tentera Ukraine. Ia juga memberi kebenaran kepada Presiden Joe Biden untuk mengarahkan Jabatan Pertahanan menghantar senjatanya sendiri dan barangan lain bernilai AS$3.7 bilion (RM17.1 bilion) ke Ukraine.

Bantuan itu juga terma­suk peruntukan AS$4.5 bilion (RM20.8 bilion) kepada Kiev untuk mengekalkan kewangan negara dan meneruskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat Ukraine.

Perkembangan itu berlaku ketika Presiden Russia, Vladimir Putin merancang untuk mengisytiharkan rampasan wilayah-wilayah Ukraine yang ditawan oleh tentera Russia.

“Tujuh bulan sejak konflik Ukraine bermula, adalah jelas bahawa bantuan AS banyak membantu rakyat Ukraine menentang kekerasan, kekejaman dan kejahatan Putin.

“Bagaimanapun, perang masih jauh daripada berakhir dan kita perlu terus membantu rakyat Ukraine yang berani,” kata Ketua Majoriti Senat, Chuck Schumer.

Bantuan kepada Ukraine itu merupakan sebahagian daripada lanjutan jangka pendek bajet Persekutuan yang tamat untuk tahun fiskal pada 30 September 2022 tanpa Kongres mempersetujui belanjawan genap setahun bagi tahun fiskal 2022-2023.

Bajet sementara itu termasuk dana untuk pelarian Afghanistan, elaun pemanasan kepada keluarga berpendapatan rendah pada musim sejuk dan bantuan kepada Daerah Jackson di Mississippi.

Bantuan baharu itu menjadikan jumlah yang dihulurkan kerajaan AS kepada Ukraine mencecah  AS$65 bilion (RM301.5 bilion) sejak awal tahun ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI