fbpx

KKM sasar 70 pakar paliatif menjelang tahun 2030 – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika di Majlis Perasmian Sambutan Hari Hospis dan Rawatan Paliatif Sedunia 2022 di Hospital Rembau, di sini, hari ini. - Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sebanyak 70 pakar paliatif di negara ini menjelang tahun 2030.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, buat masa ini, hanya terdapat 19 pakar paliatif dengan tambahan 32 lagi pakar perubatan pelatih bagi rawatan tersebut di negara ini.

Namun menurut beliau, negara memerlukan sekurang-kurangnya 218 pakar paliatif jika dibandingkan mengikut nisbah pesakit dewasa yang terdapat di negara ini iaitu seramai 150,000 orang.

“KKM hanya mampu menampung rawatan sekitar 10 peratus hingga 15 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan tersebut.

“Rawatan paliatif ini merupakan satu rawatan yang sangat diperlukan memandangkan bilangan rakyat Malaysia yang berdepan dengan penyakit-penyakit yang terminal semakin meningkat dan rawatan bukan hanya membantu kepada pesakit, malah sokongan kepada ahli-ahli keluarga dalam mereka berdepan dengan fasa terakhir kehidupan mereka.

“Sebab itu, banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu kita (KKM). Sepanjang tiga dekad lepas, sebanyak 30 badan-badan kebajikan bukan kerajaan telah membantu menyalurkan perkhidmatan paliatif di rumah pesakit seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Hospis dan Rawatan Paliatif Sedunia 2022 di Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KKM , Datuk Harjeet Singh; Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Perkhidmatan Paliatif Kebangsaan, Dr Richard Lim Boon Leong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI