fbpx
Kementerian Pertahanan Denmark menunjukkan kebocoran gas di Nord Stream 2 yang dilihat dari pemintas F-16 Denmark di Bornholm, Denmark pada 27 September lalu. - Getty Images

Kebocoran Nord Stream perbuatan sabotaj – Vladimir Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan kerosakan pada saluran paip gas  Nord Stream sebagai perbuatan sabotaj yang belum pernah berlaku sebelum ini  dan merupakan perbuatan keganasan antarabangsa terhadap Moscow, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kenyataan itu dibuat semasa panggilan telefon Putin dengan rakan sejawat dari Turkiye, Presi­den Recep Tayyip Erdogan.

Punca kebocoran pada saluran gas dasar laut itu masih belum dikenal pasti tetapi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata,  kejadian itu adalah akibat  sabotaj yang disengajakan.

Terdapat dua lubang pada setiap paip dengan dua daripadanya terletak di perairan Sweden dan dua di perairan Denmark, demikian menurut Pengawal Pantai Sweden.

Di sebalik penegasan Rusia mengenai perbuatan sabotaj ke atas paip Nord Stream, banyak pihak percaya insiden tersebut didalangi oleh Kremlin sendiri.

NATO berkata,  letupan yang menyebabkan kebocoran gas itu  kelihatan seperti perbuatan  sabo­taj dan pihak bertanggungjawan sedar bahawa sebarang serangan yang disengajakan terhadap infrastruktur negara-negara  perikatan Barat akan disusuli oleh tindak balas ‘sepakat dan tegas’.

Pegawai-pegawai  keselamatan Eropah melihat kapal sokongan Tentera Laut Rusia pada hari Isnin dan Selasa lepas di sekitar lokasi empat titik kebocoran papaip Nord Stream yang dikesan.

Pegawai  keselamatan Eropah berkata,  masih belum jelas sama ada mana-mana kapal itu terlibat dengan kejadian tersebut tetapi memaklumkan bahawa semua kemungkinan  disiasat.

Sementara itu, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, berdasarkan tahap kerosakan yang berlaku, tindakan keganasan pada saluran paip Nord Stream mungkin didalangi kerajaan asing. – Agensi

POPULAR