fbpx

Oscar Piastri terima gaji paling rendah di F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIASTRI akan berlumba bersama McLaren musim depan bagi menggantikan Ricciardo yang ditamatkan kontrak. – AFP

LONDON – Pemandu berusia 21 tahun, Oscar Piastri yang bakal menyertai pasukan McLaren dijangka meraih gaji paling rendah dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan.

Pemandu kelahiran Australia tersebut yang sebelum ini mencetus kontroversi selepas menolak menyertai pasukan Alpine hanya meraih AS$750,000 (RM3.4 juta) bersama McLaren berbanding rakan sepasukannya, Lando Norris meraih A$32 juta (RM148 juta) pada tahun ini.

Awal tahun ini, Norris menandatangani perjanjian bersama McLaren selama empat tahun bernilai AS$94 juta (RM436 juta) hingga akhir musim 2025.

Piastri yang bakal mengambil alih tempat Daniel Ricciardo musim depan dilihat tidak ambil pusing berkenaan perkara tersebut, sebaliknya teruja berada dalam grid bersama 20 pelumba terbaik F1 musim depan.

“Penyertaan saya dalam sukan ini tidak lancar seperti yang dijang­ka tetapi akhirnya ia dapat diselesaikan dengan baik.

“Sukar untuk saya jelaskan lebih terperinci mengenai apa yang berlaku, tetapi perkara pa­ling utama adalah mengenai karier saya.

“Saya gembira kerana semua­nya diselesaikan sekarang dan saya sangat teruja,” kata Pias­tri.

Dalam pada itu, Piastri mendedahkan dia mendapat panggilan daripada rakan senegaranya, Ricciardo untuk mengucapkan selamat maju jaya bersama McLaren pada debut di F1.

“Saya tidak tahu mengenai masa depan Ricciardo, tetapi pada pandangan saya, ia akan menjadi hebat untuk mempu­nyai dua warga Australia di grid,” tambah Piastri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI