fbpx

Manusia spesies paling dungu jika makan daging kelawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARI kelawar menjadi hidangan popular di Thailand. - mgronline

BANGKOK – Seorang doktor di Thailand memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya makan daging kelawar selepas seorang pemburu di bandar Sukhothai mendakwa bahawa daging binatang liar itu baik untuk kesihatan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Somchai Wongpanat, 33, menjadi tajuk berita utama di Thailand selepas mendakwa bahawa perbuatan makan daging kelawar boleh membantu memulihkan tenaga.

Somchai merupakan seorang kontraktor yang memburu tikus, kelawar, ular tedung dan sarang lebah pada masa lapangnya. Dia mengikat jaring pada batang buluh panjang untuk menangkap kelawar yang kemudian dijual pada harga 100 baht (RM12) untuk satu kilogram.

Lelaki itu menangkap beribu-ribu kelawar sehari dengan sebahagiannya dimakan, manakala selebihnya dijual kepada penduduk tempatan.

Kata  Somchai, kari kelawar merupakan hidangan popular dalam kalangan pelanggannya. Dia turut menggesyorkan mereka mencicah daging kelawar dalam sejenis sos pencicah dinamakan nam jim.

Somchai berkata, daging kelawar perlu sentiasa dimasak sebelum dimakan untuk tujuan keselamatan. Bagaimanapun, seorang doktor memaklumkan bahawa daging haiwan eksotik itu tidak boleh dimakan dalam apa jua keadaan kerana bahaya yang ditimbulkan terhadap kesihatan manusia.

Pakar di Jabatan Perubatan Universiti Chiang Mai, Dr. Rangsarit Kanchanawanit berkata, kelawar boleh memindahkan lebih 10,000 virus kepada manusia sekali gus berpotensi menyebarkan  pandemik dengan mudah.

Menurutnya, manusia tidak boleh memakan daging kelawar dan banyak spesies haiwan lain.

“Adakah manusia tidak belajar apa-apa? Sekiranya kita tidak belajar daripada tiga tahun lalu (pandemik Covid-19), maka manusia mungkin spesies yang paling dungu,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI