fbpx

Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seorang pengantin perempuan dirasuk ketika majlis persandingan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pengantin perempuan dirasuk ketika sedang bersanding di atas pentas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Rakaman menunjukkan sepasang pengantin baharu berada di atas pentas untuk bersalam dengan tetamu. 

Pengantin perempuan secara tiba-tiba menari dalam gaya pelik sehingga terpaksa dipegang oleh suaminya dan seorang lelaki lain.

Wajah wanita berkenaan kelihatan tegang dan tangannya kaku walaupun badannya sedang menari.

Dia seketika dilihat senyum lebar sebelum wajahnya kembali serius.

Beberapa tetamu kemudian menaiki pentas itu untuk membawanya turun sementara pengantin lelaki kekal untuk menyambut tetamu.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kasihan suaminya menanggung malu,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI