fbpx

Mahkamah: Bapa dera anak didenda RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chung Jian didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kilang didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah mendera anak lelakinya berusia tujuh tahun antara Ogos hingga September lalu.

Tertuduh, Tan Chung Jian, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Roslan turut mengarahkan tertuduh dikenakan bon jaminan sebanyak RM10,000 bagi memastikan tertuduh berkelakuan baik dalam tempoh dua tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak lelakinya berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan lelaki terbabit di sebuah rumah di Taman Desa Jaya 2, di sini antara Ogos sehingga September ini.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 20021 yang memperuntukkan hukuman denda tidak
melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadzly Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana perlu menyara ibu bapanya yang telah tua selain seorang isteri dan anak kerana pendapatannya sebagai pekerja kilang tidak mencukupi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI