fbpx

Lewis Hamilton gamit kenangan pacu jentera F1 di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON (kanan) dan Russell menghadiri sesi soal jawab bersama media selepas sidang akhbar pembaharuan hak milik serta perkongsian teknikal antara Petronas F1 dan Mercedes-AMG di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur semalam. – FARIZ RUSADIO

JUARA dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton berkongsi kenangan dirinya memacu jentera F1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sekali gus mengharapkan Grand Prix (GP) Malaysia kembali dalam kalendar perlumbaan pada masa akan datang.

“Litar Sepang menjanjikan pemanduan yang menakjubkan, malah boleh dikatakan cukup epik kepada mereka yang pernah beraksi di sana (SIC).

“Berdasarkan kepada pengalaman, ia adalah perlumbaan yang cukup mencabar untuk saya kerana keadaan yang panas dan juga keadaan litar itu sendiri.

“Saya masih ingat pada perlumbaan pertama di SIC pada 2007, ketika itu saya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

“Selain perlu berjalan jauh, saya juga agak sukar untuk keluar dari jentera. Malah, saya turut hilang empat kilogram ketika sertai perlumbaan F1 di Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, Hamilton, 37, menegaskan, bukan kiamat sekiranya dirinya gagal meraih kemenangan ketika ini selepas bergelut bersama pasukan Mercedes-AMG musim ini.

Ikon perlumbaan Britain itu buat julung-julung kalinya gagal meraih sebarang kemenangan GP dalam tempoh 15 tahun sepanjang kariernya dalam F1.

Kini, Hamilton bakal berdepan satu aksi mencabar pada GP Singapura pada hujung minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI