fbpx

Jisoo ketinggalan, tiada hala tuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JISOO

TIGA daripada anggota Blackpink iaitu Jennie, Rose dan Lisa semuanya sudah membuat penampilan solo dalam karier masing-masing.

Sehingga kini, tinggal Jisoo sahaja yang masih dinanti-nantikan penampilan solonya seperti yang sudah dijanjikan dengan peminat.

Menerusi satu temu bual bersama media tempatan baru-baru ini, Jisoo meluahkan kegusarannya untuk bergerak solo kerana masih belum menemui arah yang betul-betul jelas, terutama melibatkan bunyi serta genre muzik pilihan.

“Jujur sebenarnya saya memang nak buat kemunculan solo seperti rakan-rakan lain. Tetapi, apa yang saya risaukan adalah dari segi genre dan muzik yang saya bakal bawakan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tetap akan lakukannya secepat mungkin. Saya harap awak semua boleh dan sabar menunggu,” katanya.

Sebelum ini, Jisoo mula membuat debut bersama Blackpink pada Ogos 2016 dan turut aktif berlakon menerusi beberapa drama popular seperti Snowdrop.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI