fbpx

UPSI bakal lonjak ekosistem pendidikan awal kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Amin (lima, kiri) bertukar dokumen dengan Yasuhiko Matsuda, di Sasana Kijang, Bank Negara, Isnin lalu.

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) terpilih sebagai universiti pertama untuk berkolaborasi dengan The World Bank Group bagi melaksanakan penyelidikan berkaitan asuhan dan didikan kanak-kanak.

Mewakili UPSI Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff mendatangani surat kerjasama bersama Pengurus The World Bank Group, Dr. Yasuhiko Matsuda, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), Isnin lalu.

Md Amin berkata, inisiatif tersebut bertujuan membantu memberi pemahaman kepada komuniti dan negara berkaitan isu serta cabaran asuhan dan didikan kanak-kanak di Malaysia.

“Sehingga kini Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan (NCDC) merekodkan 74,292 kanak-kanak, 21,626 pendidik dan 4,731 pusat asuhan di Malaysia.

“Data ini mampu membantu pihak berkepentingan dalam memberi manfaat bukan sahaja kepada aspek asuhan DAN perkembangan kanak-kanak, malah melonjakkan ekosistem pendidikan awal usia di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, kerjasama itu bukan sahaja mewujudkan kepakaran dua hala malah memberi manfaat kepada UPSI untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) yang pertama dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia.

“Bukan itu sahaja kerjasama ini secara tidak langsung berjaya memartabatkan UPSI di persada antarabangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI