fbpx
MALACIA

Tyrell Malacia beraksi di posisi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM – Ketua Jurulatih Belanda, Louis Van Gaal bercadang menggunakan Tyrell Malacia sebagai pemain pertahanan tengah kiri pada kempen Piala Dunia Qatar 2022 bermula 20 November depan.

Van Gaal, 71, tidak meletakkan Malacia di posisi kegemarannya iaitu bek kiri sebaliknya menyuruh bintang Manchester United itu menggantikan tempat Nathan Ake ketika menentang Belgium kelmarin.

Percaturan itu membawa tuah apabila Malacia, 23, berjaya beraksi dengan baik yang menyaksikan Belanda menang 1-0 hasil gol tunggal Virgil Van Dijk pada minit ke-73 di Ams­terdam Arena.

Biarpun tidak gemar bermain di bek tengah, namun Malacia memahami tindakan pengendalinya itu sekali gus menggambarkan tempatnya sudah terjamin ke Qatar hujung tahun ini.

Menurut Van Gaal, beliau berbuat demikian disebabkan kecederaan dialami bek te­ngah, Bruno Martins Indi yang tidak sempat pulih sepenuh­nya sebelum kempen Piala Dunia bermula.

“Van Dijk dan Jurrien Timber adalah ‘jantung’ pertahanan pasukan, manakala Daley Blind pula pilihan utama di bahagian kiri. Martins Indi pula selalu masuk menggantikan Ake.

“Saya terpaksa mencuba Malacia di bahagian pertahanan tengah kiri kerana Martins Indi hampir pasti terlepas Piala Dunia kali ini.

“Saya mahu melihat beberapa pemain yang berpotensi beraksi di bahagian itu. Sebab itu saya membawa masuk Malacia menggantikan Ake dan buat masa ini saya gembira dengan prestasinya,” kata Van Gaal.
– AGENSI

POPULAR