fbpx

Situasi di Al-Aqsa semakin tegang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAITULMUQADDIS – Kete­gangan di pekarangan Masjid Al-Aqsa semakin meningkat  kelmarin selepas beratus-ratus pe­neroka haram Yahudi melakukan pencerobohan di bawah perlindungan polis Israel bagi menyambut perayaan Rosh Hashanah, lapor akhbar Arab News.

Situasi tegang bermula apabila puak pelampau Yahudi meneruskan gesaan supaya dibenar memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa kelmarin bagi meraikan tahun baharu bangsa Yahudi tersebut.

Pagi kelmarin, polis Israel memasang pagar di sekeliling masjid suci itu bagi menghalang penduduk Palestin berusia bawah 40 tahun memasukinya dan menghentikan solat zuhur ketika kira-kira 335 penganut Yahudi melawat kawasan tersebut.

Lima rakyat Palestin dilaporkan dicederakan polis Israel di Lion’s Gate, kata pertubuhan Palang Merah Palestin. Menurutnya, mereka telah dibawa ke Hospital Al-Makassed untuk rawatan.

Jemaah termasuk wanita dan kanak-kanak terpaksa menunaikan solat zuhur di depan pintu masjid tersebut berikutan tindakan biadab Israel.

Rejim Zionis melaksanakan penutupan menyeluruh di wilayah Tebing Barat dan lintasan Semenanjung Gaza lewat petang Ahad lalu bersempena sambutan Rosh Hashanah serta kebimbangan berlakunya keganasan.

Jurucakap Presidensi Pihak Berkuasa Palestin, Nabil Abu Rudeineh menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan membenarkan Masjid Al-Aqsa dimusnahkan atau dicemari dengan apa cara sekali pun, serta akan bangkit menentang pencerobohan Rejim Zionis.

Pejuang Hamas turut menyeru penduduk Palestin di Tebing Barat, Baitulmuqaddis dan di Israel sendiri agar bangkit menentang pencerobohan tersebut.

Ketegangan dijangka berterusan sehingga berakhirnya musim cuti di Israel pada 17 Oktober ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI