fbpx
Raja Salman (kiri) secara rasmi melantik anakandanya, Putera Mohammed sebagai Perdana Menteri Arab Saudi. - Insider

Putera Mahkota Mohammed dilantik Perdana Menteri Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH – Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud  mengeluarkan perintah melantik Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri Arab Saudi, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Bagaimanapun, sesi perjumpaan mingguan Kabinet tetap akan dipengerusikan oleh Raja Salman sendiri, demikian menurut dekri diraja.

Dalam titah diraja yang lain, baginda turut menyusun semula Kabinet  yang kini diketuai oleh Putera Mohammed.

Raja Salman  mengeluarkan titah melantik Timbalan Menteri Pertahanan, Putera Khalid Salman sebagai Menteri Pertahanan. 

Sementara itu, Yousef Abdullah Al-Benyan telah dilantik sebagai menteri pendidikan yang baharu.

Raja Salman turut berkenan melantik Talal Abdullah Al-Otaibi sebagai pembantu menteri pertahanan. – Agensi

POPULAR