fbpx
GAMBAR HIASAN.

4 sungai di Selangor melebihi paras bahaya, amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Empat sungai di Selangor dilaporkan melebihi paras bahaya dan amaran ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 7.55 pagi, keadaan semua sungai itu masih terkawal dengan trend menurun.

Sungai Klang di Bandar Klang merekodkan bacaan 3.41 meter (m) melebihi paras bahaya berbanding normal iaitu 2.2m.

Selain itu, Sungai Rasau di Tugu Keris mencatatkan bacaan 3.90m melebihi paras amaran.

Sungai Tengi di Pekan Tanjung Karang dan Sungai Selangor di Teluk Penyamun juga melebihi paras amaran dengan bacaan masing-masing 2.30m dan 2.62m.

Sementara itu, bagi Kuala Lumpur, keadaan air sungai dilihat masih berada pada paras normal dan terkawal. – KOSMO! ONLINE

POPULAR