fbpx

Tiada banjir setakat ini di KL, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Situasi banjir masih dalam keadaan terkawal di kawasan ‘hotspot’ di Selangor dan Lembah Klang meskipun hujan lebat pada awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah melakukan rondaan di kawasan berisiko banjir sebagai langkah berjaga-jaga.

“Jabatan bomba telah membuat beberapa rondaan di kawasan ‘hotspot’ air pasang besar pagi tadi.

“Kita mendapati telah berlaku sedikit limpahan tetapi tidak menyebabkan banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, limpahan air itu kembali surut pukul 8 pagi dan keadaan adalah terkawal.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mengenal pasti sebanyak 52 kawasan ‘hotspot’ banjir selain 307 kawasan berisiko di negeri itu.

Kawasan ‘hotspot’ itu membabitkan 52 kawasan di lapan daerah iaitu 14 di Klang, Hulu Langat (9), Sepang (9) , Gombak (8), Petaling (5), Kuala Selangor (4), Sabak Bernam (2) serta satu di Kuala Langat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI