fbpx

Tentukan masa depan anda dengan Skim Persaraan Swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKYAT Malaysia harus melakukan perancangan dengan bijak pada waktu ini agar boleh bersara dengan selesa pada masa hadapan.

MUTAKHIR ini perkembangan dalam sektor ekonomi gig menyaksikan banyak peluang-peluang pekerjaan baharu tercipta.

Maka tidak hairanlah golongan belia di negara ini memilih untuk bekerja sendiri dalam sektor tersebut.

Malah ramai belia yang mempunyai kelayakan pendidikan yang tinggi memilih untuk bekerja sendiri kerana merasakan ia lebih bebas tanpa terikat dengan majikan.

Namun begitu, belia yang memilih untuk bekerja sendiri mungkin perlu terus bekerja sehingga hari tua jika mereka tidak melakukan simpanan untuk tujuan persaraan.

Memetik laporan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hanya tiga peratus daripada rakyat Malaysia mampu menanggung kehidupan selepas bersara. 

Apa yang membimbangkan, berdasarkan laporan daripada Kajian Celik Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS 2020) sebanyak 60 peratus belia di negara ini tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk bertahan lebih daripada tiga bulan.

Oleh yang demikian, mereka harus melakukan perancangan dengan bijak pada waktu ini agar boleh bersara dengan lebih selesa pada masa hadapan.

Kerajaan telah melancarkan Skim Persaraan Swasta (PRS) pada tahun 2012 yang merupakan skim simpanan dan pelaburan jangka panjang secara sukarela yang membolehkan rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak untuk masa hadapan.

BELIA yang memilih untuk bekerja sendiri mungkin perlu terus bekerja sehingga hari tua jika mereka tidak melakukan simpanan untuk tujuan persaraan.-GAMBAR HIASAN

Private Pension Administrator Malaysia (PPA) iaitu pentadbir pusat PRS, selalu menyarankan untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua pertiga ataupun 67 peratus daripada pendapatan terakhirnya bagi mengekalkan gaya hidup sekarang setelah bersara.

Untuk merealisasikan semua itu, rakyat Malaysia harus melakukan perancangan dengan bijak pada waktu ini agar boleh bersara dengan lebih selesa pada masa hadapan.

Dalam pada itu, mereka yang menyimpan dengan PRS juga dapat menikmati pelbagai ganjaran melalui kempen #ISaveinPRS yang sedang berlangsung sekarang sehingga Disember ini.

Mereka hanya perlu mendaftar akaun PRS melalui PRS Online PPA dan berpeluang menikmati lebih ganjaran melalui PRS Treats.

Sepanjang tempoh peraduan, 20 pendaftar yang mencarum buat pertama kali akan menerima PRS Treats bernilai RM100 dalam unit PRS melalui Cabutan Bulanan PRS Treats.

Selain itu, penerima Cabutan Bulanan PRS Treats juga akan menerima PIN tambah nilai Touch n Go eWallet bernilai RM30 apabila mereka mengisi Kod Promosi PPA ‘ISAVEINPRS’ pada ruangan ‘Remarks’ semasa pendaftaran.

Semua pencarum sepanjang tempoh peraduan juga layak untuk Cabutan Utama PRS Treats yang menawarkan hadiah utama bernilai RM3,000 dalam unit PRS, hadiah kedua RM2,000 dalam unit PRS dan hadiah ketiga RM1,000 dalam unit PRS.

MEREKA hanya perlu mendaftar akaun PRS melalui PRS Online PPA dan berpeluang menikmati lebih ganjaran melalui PRS Treats.

Langkah-langkah penyertaan juga mudah dan anda hanya perlu mendaftar pertama kali melalui Pendaftaran PRS Online PPA dan kemudian jawab tiga soalan mudah selepas pendaftaran dibuat bagi melayakan diri untuk caburan Bulanan dan Utama PRS Treats.

Sementara itu, mereka yang telah menjadi ahli PRS juga berpeluang untuk mendapat lebih ganjaran.

Dengan memperkenalkan rakan atau keluarga anda kepada PRS, anda akan memperoleh RM50 dalam unit PRS dan PIN tambah nilai Touch n Go eWallet bernilai RM50 sekiranya mereka adalah salah seorang penerima ganjaran PRS Treats Bulanan.

Dalam pada itu, melalui perkhidmatan PRS Online PPA, seseorang belia itu boleh bermula menyimpan di PRS dengan amaun serendah RM100 sebulan.

Walaupun menyimpan dengan amaun yang rendah pada setiap bulan namun jumlah itu akan bertambah pada masa hadapan seperti kata-kata pepatah ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.

Setiap di antara kita harus mengerti bahawa simpanan yang dilakukan pada hari muda adalah keselesaan untuk hari tua.

Oleh itu, golongan belia dinasihati untuk mula menyimpan dari usia muda lagi dan apabila pendapatan semakin bertambah pada tahun-tahun mendatang mereka juga boleh menambah jumlah simpanan dalam PRS tersebut.

Anda boleh menambah nilai akaun PRS secara atas talian melalui PRS Online PPA dengan mudah, selesa dan selamat.

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua dengan menggunakan peranti pintar masing-masing.

Malah apa yang lebih menarik skim ini juga turut menawarkan pelbagai dana konvensional atau patuh syariah dengan tahap risiko yang berbeza dan boleh dipilih oleh belia.

Buat keputusan yang bijak dan nikmati lebih banyak untuk hidup anda selepas anda bersara.

Informasi lanjut tentang peraduan #ISaveinPRS Treats boleh didapati DI SINI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI