fbpx

MBSB Bank optimis prospek pertumbuhan masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR AZAM (kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta program Grap di ibu pejabat MBSB Bank, Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menjangkakan mampu mencapai pertumbuhan yang baik dalam tempoh masa terdekat ini, sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, prestasi MBSB Bank pada suku tahun ketiga 2022 dilihat jauh lebih baik berbanding suku tahun pertama dan kedua.

“Kami menjangkakan prestasi pada suku tahun keempat ini juga akan lebih baik dan ia mampu berterusan sehingga suku pertama dan kedua tahun depan.

“Bagaimanapun saya tidak pasti sejauh mana pertumbuhan ini dapat dikekalkan kerana sebagai sebuah ekonomi yang kecil, kita masih bergantung kepada ekonomi di negara-negara sekeliling dan situasi mereka dilihat tidak begitu stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil program keusahawanan Growth Entrepreneurship Assistance Programme (Grap) anjuran MBSB Bank dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia di sini, hari ini.

NOR AZAM (tengah) bergambar bersama 23 peserta program Grap di ibu pejabat MBSB hari ini.

Program tersebut membantu mengupayakan 23 orang usahawan kecil yang terdiri daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak menerusi latihan kemahiran jualan dan pemasaran dalam talian, pembangunan produk, kaedah perakaunan serta pengurusan rekod serta kesejahteraan emosi.

Nor Azam menambah, 80 peratus daripada peserta adalah daripada golongan wanita termasuk ibu tunggal dan kebanyakan mereka menjalankan perniagaan makanan termasuk dari rumah.

“Secara puratanya, para peserta mencatatkan pertumbuhan pendapatan bulanan melebihi 95 peratus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI