fbpx

Tauke syarikat pembinaaan didakwa kemuka dokumen palsu Penjana Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezza Suria (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas menghadapi dua pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung permohonan Penjana Kerjaya 1.0 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang juga pemilik sebuah syarikat pembinaan dan renovasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memalsukan dokumen bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja 1.0 (Penjana Kerjaya 1.0) pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Ezza Suria Muda, 37, yang merupakan pemilik syarikat ESM Suria Enterprise membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, dia didakwa memalsukan dokumen berupa Borang Pendaftaran Pekerja di bawah Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Dokumen palsu mengandungi senarai pekerja ESM Suria Enterprise didakwa digunakan bagi tujuan untuk menipu Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso).

Kedua-dua perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di Akademi Binaan Malaysia (ABM) cawangan Wilayah Timur di Hulu Terengganu pada 3 November dan 23 November 2020.

Kosmo! 15 Julai lalu melaporkan Perkeso mengambil tindakan proaktif menggantung bayaran Penjana Kerjaya berjumlah RM423 juta.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan, tindakan itu diambil disebabkan terdapat majikan yang mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana Penjana Kerjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI