fbpx
SHILA Amzah juga tidak berkecil hati dengan usikan Elly Mazlein berhubung kehadiran Sharnaaz dalam konsert GV9, malam tadi.

Sharnaaz tidak jejaskan persembahan saya – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Menyanyikan lagu ‘cover’ di hadapan penyanyi asal dan disaksikan bekas kekasih dianggap satu pengalaman paling mendebarkan buat Shila Amzah sewaktu menjayakan konsert minggu kedua Gegar Vaganza, malam tadi.

Bukan sahaja membawakan versi sendiri yang sedikit berbeza berbanding Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian asal Liza Hanim, persembahan Shila Amzah mencetuskan satu pe­rasaan berbeza apabila kamera di studio turut memfokuskan rakaman terhadap Sharnaaz Ahmad di kerusi penonton.

Situasi tersebut turut menjadi bahan kepada pe­ngacara Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom apabila secara terang-terangan mengusik Sharnaaz.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah ketika ditemui Kosmo! Online usai konsert mengakui tidak terasa hati apabila diusik Elly melibatkan kehadiran bekas kekasihnya itu ke GV9.

“Saya okay sahaja. Lagi pun saya sayang kak Lina (Elly). Cara Kak Lina mengusik pun bukanlah keterlaluan. Sekadar manja-manja sahaja.

“Saya pun tidaklah terasa hati kerana menganggap usikan Kak Lina itu sekadar gurauan sahaja,” ujar Shila.

Ketika disoal tentang pera­saannya melihat kelibat Sharnaaz di kerusi penonton sewaktu membuat persembahan, Shila memberitahu, kehadiran pelakon berusia 37 tahun

itu sedikit pun tidak menjejaskan tumpuannya untuk menyanyi di atas pentas.

Bahkan, Shila mengakui ada memberi eye contact kepada Sharnaaz sewaktu membuat persembahan.

“Saya bagi ‘eye contact’, tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam. Saya tak tahu dia pandang saya atau tidak,” jelasnya.

Kisah antara Shila dan Sharnaaz pada konsert minggu kedua GV9 itu turut mendapat perhatian netizen apabila ramai memuat naik semula video persembahan Shila dalam TikTok. – KOSMO! ONLINE

POPULAR