fbpx

‘Rider’ maut kemalangan, mohon polis siasat unsur cuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri mangsa, Nur Izwana menunjukkan gambar sewaktu melansungkan perkahwinan 2 minggu lalu di Kampung Rantau Panjang, Kapar, Klang, Selangor sewaktu lawatan untuk menyampaikan sumbangan pada hari ini. FOTO/ZULFADHLI ZAKI

KLANG- Kerajaan negeri meminta polis agar tidak hanya menyiasat kes kemalangan maut membabitkan penghantar makanan, Allahyarham Muhaimin Mohad Sain@Mohd. Said di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya berpandangan siasatan nahas itu perlu merangkumi undang-undang di bawah Kanun Keseksaan kerana aspek kecuaian individu.

“Kerajaan negeri akan mengikuti rapat kes ini dan berharap akan ada keadilaan bagi keluarga mangsa (Muhaimin).

“Jadi, saya harap polis serta Peguam Negara meneliti kes ini bukan sahaja di bawah APJ, tetapi juga peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan,” katanya selepas menziarahi keluarga Allahyarham di Kampung Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Khairuddin meminta semua persatuan penghantar makanan (p-hailing) untuk berjumpa dengannya bagi membuat perbincangan terperinci untuk mendaftar kesemua pekerja industri berdaftar dengan skim insurans khas Selangor.

Malah beliau memaklumkan program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) akan diteruskan bagi membela nasib penghantar makanan di negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI