fbpx

Mahkamah: Wang RM90.9 juta masuk akaun peribadi Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Foto/Shidiqqin Zon

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu akaun AmIslamic Bank Berhad milik Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kemasukan wang berjumlah RM90.9 juta melibatkan dua transaksi pada 2012.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 43, berkata, sebanyak RM15,149,963.64 dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu pada 31 Oktober manakala RM75,749,963.64 pada 20 November 2012.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Dalam penyataan pembukaan pada 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, Najib yang bertindak melalui ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mengambil langkah tertentu menyebabkan 1MDB terlibat dalam dua transaksi yang mana tertuduh memperoleh RM90,899,927.28.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-37 itu dirujuk kepada penyata akaun bekas Perdana Menteri melibatkan akaun peribadinya yang berakhir dengan nombor 694.

Uma Devi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta dibayar kepada Centre for Glocal Concerns, Semarak Konsortium Satu Sdn. Bhd. (RM488,100) dan Pergerakan Wanita UMNO Selangor (RM1.5 juta).

Ujarnya, selain itu, Yayasan Rahah turut menerima wang RM2 juta, Badan Perhubungan UMNO Pahang (RM760,000), MCA Selangor Liason Committee (RM1 juta) dan Solar Shine Sdn. Bhd. (RM4 juta).

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI