fbpx

Lima sekawan ditahan bekal ganja, syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman menunjukkan dadah yang berjaya dirampas dengan nilai rampasan dadah bernilai RM67,027 pada sidang media di IPK, Johor Bahru disini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lima sekawan termasuk pasangan suami isteri ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti pembekalan dadah menerusi beberapa serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar Iskandar Puteri dan Johor Bahru, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang ditahan berusia 22 hingga 32 tahun, dengan pasangan suami isteri yang ditahan adalah berusia 23 dan 22 tahun dan mempunyai seorang anak berusia lapan bulan.

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam empat operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor bersama JSJN Bukit Aman.

“Pada 23 September lalu, sekumpulan pegawai dan anggota polis telah menjalankan empat serbuan berasingan bermula pukul 9 malam dan berjaya menahan seramai lima suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita.

“Menerusi serbuan berkenaan, polis turut merampas 21.16 kilogram (kg) ganja dan 784 gram syabu dengan nilai RM67,027. Jumlah dadah berkenaan dianggarkan mencukupi untuk kegunaan seramai lebih 21,000 penagih,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, modus operandi yang digunakan kumpulan itu adalah menjadikan premis perumahan di kawasan ‘gated and guarded’ sebagai lokasi simpanan dan pembekal dadah yang diperoleh dari negara jiran.

“Kumpulan ini dipercayai bertindak selaku pembekal, dimana mereka menyimpan dadah berkenaan sebelum menjual dengan mengagihkannya kepada kumpulan pengedar kecil-kecilan di pasaran tempatan.

“Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM30,650, pelbagai barangan kemas bernilai RM44,413, tiga buah motosikal dan dua buah kereta bernilai RM113,000. Rampasan keseluruhan bernilai RM188,063.

“Mereka juga dipercayai telah beroperasi sejak bulan Mac lalu,” ujarnya sambil memberitahu kesemua suspek kini direman selama enam hari bermula 24 September untuk siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI