fbpx
Keadaan bayi perempuan yang dirawat di Hospital Port Dickson selepas dilaporkan terminum racun.

Lelaki ditahan selepas isteri, anak terminum racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang lelaki ditahan selepas isteri dan bayi perempuannya berusia setahun dimasukkan ke hospital selepas terminum racun dalam kejadian di Bandar Sunggala, Telok Kemang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian pada pukul 9 malam itu berlaku apabila wanita berusia 21 tahun memberi anaknya meminum racun jenis protocol selepas dia meminumnya terlebih dahulu.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita warga Myanmar itu dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas melahirkan bayi berkenaan.

“Kedua-dua mangsa dilaporkan stabil di Hospital Port Dickson. Seorang lelaki Myanmar berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN