fbpx
Lelaki itu dilihat tiba sekitar pukul 6.15 pagi (waktu tempatan) untuk membuang air kecil di atas kubur bekas isterinya. - Facebook

Lelaki kencing di atas kubur bekas isteri hampir setiap hari selama 48 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki di New York dirakam membuang air kecil di atas kubur bekas isterinya hampir setiap hari selepas 48 tahun mereka bercerai, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lindo Louise Torello meninggal dunia akibat kanser pada 2017 ketika berusia 66 tahun. Dia dikebumikan di sebuah tanah perkuburan dekat Gereja Reformasi Tappan di Orangetown, New York.

Anak lelakinya, Michael Murphy, 43, memuat naik rakaman kejadian di Facebook dengan menjelaskan bahawa seorang lelaki datang ke kubur ibunya hampir setiap hari dengan meninggalkan beg berisi najis. 

Video itu memaparkan aksi seorang lelaki keluar dari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), berjalan ke kubur, membuka seluar dan membuang air kecil.

“Ini menghancurkan hati saya. Seorang lelaki dari daerah Bergen New Jersey meninggalkan najis dan air kencing di atas batu nisan ibu saya hampir setiap pagi seperti rutin biasa.

“Tiada seorang pun dalam keluarga saya yang menghubunginya sejak 1976. 

“Saya tidak pasti bagaimana dia menemui tapak kubur ibu saya. Tetapi ini berpunca daripada masalah hampir 50 tahun lalu,” demikian kapsyen pada hantaran tersebut.

Murphy berkata, dia terkejut pada suatu hari apabila melihat seorang lelaki yang pernah berkahwin dengan ibunya dalam tahun 1970-an, tiba bersama isteri baharunya yang sering menunggu di dalam kereta.

Dia membuat keputusan untuk membuat intipan selepas beberapa kali menemui beg berisi najis pada kubur ibunya.

Polis bagaimanapun memberitahu Murphy bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan kerana tiada ancaman khusus mengenai keganasan fizikal. Murphy kini cuba mengemukakan aduan di hadapan seorang hakim. – Agensi

 

POPULAR