fbpx

Southgate sanggup terima kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGLAND berdepan kekalahan ketiga daripada lima perlawanan dan sekadar mengutip dua mata menyebabkan mereka terpaksa turun ke saingan Kumpulan B. – AFP

MILAN – Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate mengakui bersedia untuk memikul sepenuhnya tanggungjawab selepas kekalahan 0-1 pasukannya ketika berdepan Itali pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam.

Kekalahan itu bukan sahaja membimbangkan penyokong The Three Lions ketika saingan Piala Dunia 2022 hanya berbaki dua bulan, tetapi ia juga menyebabkan England tersingkir ke saingan Kumpulan B.

Jaringan tunggal Giacomo Raspadori pada minit ke-68 menyaksikan England mencatat kekalahan ketiga dan terus kemarau kemenangan dalam lima perlawanan, sekali gus memberikan tekanan hebat buat Southgate.

“Saya memahami reaksi yang diberikan oleh para penyokong pada penghujung perlawanan. Ini adalah realiti yang terpaksa kami hadapi.

“Satu-satunya cara yang kami perlu lakukan adalah percaya dengan apa yang kami pegang selama ini. Kami perlu terus kekal dengan cara yang dilakukan sebelum ini yang telah membantu kami meraih kejayaan pada beberapa kempen lalu.

“Saya berharap pemain akan terus kuat untuk menghadapi kritikan. Bagi saya, kritikan dan kecaman adalah perkara biasa dan saya bersedia untuk meng­hadapinya kerana itu adalah tugas saya,” jelasnya.

Pada aksi tersebut, England berjaya melepaskan 14 percubaan ke arah gawang Itali dan empat daripadanya merupakan percubaan tepat, namun ketangkasan Gianluigi Donnarumma menjadi penghalang buat skuad kendalian Southgate mendapatkan jaringan.

“Saya tidak mahu terlalu mengkritik pemain, kami memiliki penguasaan bola, melakukan percubaan dan percubaan tepat yang lebih banyak berbanding Itali selain keseluruhan perlawanan, kami bermain dengan baik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI