fbpx

2 maut Myvi langgar lori kontena di bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang melanggar belakang lori kontena yang diparkir di bahu jalan di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang awal pagi tadi.

AMPANG JAYA – Lelaki warga India dan seorang wanita warga tempatan maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka melanggar belakang lori kontena yang diparkir di bahu jalan di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Venkatachalm berusia 33 tahun manakala wanita warga tempatan, M. Thevamalar, 42.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.04 pagi dan bergegas ke lokasi serta tiba enam minit kemudian.

Tambahnya, 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Laporan awal kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa melanggar belakang lori kontena terbabit dan tersepit di ruangan hadapan kereta.

“Mereka mengalami kecederaan parah dan dibawa keluar oleh pihak bomba pada pukul 3.50 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI