fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: ‘Pelik kalau pilih pembangkang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika ditemui pada program 'walkabout' Barisan Nasional di Kampung Pasir, Kerling, hari ini.

HULU SELANGOR – “Pelik kalau pengundi di Kuala Kubu Baharu nak memilih pembangkang”.

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang menyeru pengundi untuk mengekalkan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Menurut Menteri Besar Perak itu, ia kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kerajaan mempunyai kelebihan untuk membawa suara dan permasalahan rakyat.

“Wakil rakyat ini akan bercakap, memohon dan merayu bagi rakyat. Jadi sudah tentu kerajaan akan lebih mendengar sebab ia datang daripada wakil rakyat kerajaan.

“Saya pernah menjadi Ketua Pembangkang, walaupun saya jerit (selama) satu jam dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi kerajaan tak beri perhatian pun,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir, Kerling, di sini.

Dalam pada itu, Saarani berkata, pihaknya komited membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berkempen sejak PRK DUN itu bermula, 27 April lalu.

“Seperti mana pernah berlaku pada PRK Pulai dan PRK Simpang Jeram, bukan calon BN (bertanding) tetapi kita tetap membantu.

“Sebagai balasan, apabila BN bertanding di PRK Pelangai maka rakan-rakan kita dalam PH turut membantu untuk mengerakkan pengundi (dan) penyokongnya untuk memenangkan calon BN,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI