fbpx

Pemandu separuh sedar, Perodua Myvi terbabas rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan separuh sedar dalam keretanya di Kepala Batas, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu ditemui dalam keadaan separuh sedar selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dia pandu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Bertam Perdana 5, Kepala Batas di sini, pagi tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd. Nazri Yusof bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.47 pagi.

Menurutnya, kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas sendiri dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

“Mangsa lelaki yang berusia 55 tahun didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan berada dalam keadaan separuh sedar.

“Pasukan anggota lengkap dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan peralatan khas melakukan kerja-kerja penyelamatan dan mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 11.07 pagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa yang mengalami patah tangan dan kaki kiri kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut.

“Komander Operasi membuat penilaian akhir di lokasi bagi memastikan tiada keberbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.18 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI