fbpx

Ibu, bayi 3 bulan maut, Perodua Myvi bertembung lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanjung Balau-Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA TINGGI – Seorang ibu dan bayinya berusia tiga bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima sekeluarga dan lori tangki di Jalan Tanjung Balau-Bandar Penawar di sini tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah Najwa Nurshahira Kamaruzaman, 28, dan bayinya, Felkah Nurnadeera berusia tiga bulan.

Kemalangan itu turut membabitkan tiga lagi mangsa tercedera termasuk pemandu kereta berkenaan.

Menurut pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan pukul 1.38 minit tengah hari.

“Sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar dan Rengit bergegas ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Mat Sani.

“Sebaik pasukan PKO tiba di lokasi kejadian mendapati seorang wanita di tempat penumpang hadapan telah tersepit bersama bayinya yang berusia tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan ibu dan bayi terbabit, namun kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Ujarnya, mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi mangsa cedera terdiri daripada pemandu kereta yang juga suami mangsa berusia 30 tahun dan dua lagi anak mereka masing-masing lima dan lapan tahun dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Pemandu lori berumur 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca kemalangan masih dalam siasatan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI