fbpx

Pemandu BMW mabuk rempuh kereta dinaiki dua guru hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah salah seorang mangsa yang juga guru ketika dibawa keluar sebaik selesai urusan mandi dan kafan di Hospital Kepala Batas, petang tadi. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pemandu kereta jenis BMW yang merempuh kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua guru secara bertentangan sehingga kedua-dua mangsa maut di Jalan Permatang Baru, Kepala Batas di sini, awal pagi tadi disahkan berada di bawah pengaruh alkohol.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, hasil ujian pernafasan yang dilakukan ke atas pemandu kereta BMW berusia 46 tahun itu mendapati kandungan alkohol di dalam badannya melebihi paras yang dibenarkan.

Menurutnya, keputusan diperoleh setelah melakukan ujian pernafasan menggunakan alat EBA-II ke atas pemandu lelaki berkenaan.

“Pemandu kereta BMW itu dibawa reman ke Mahkamah Butterworth pagi ini. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dua pemuda maut selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta BMW di Jalan Sungai Lokan, Kepala Batas, pagi tadi.

Dalam pada itu katanya, kemalangan maut ira-kira pukul 2.30 pagi tadi berlaku ketika pemandu BMW warga tempatan itu yang datang dari arah Sungai Lokan di Butterworth menghala ke Kepala Batas.

“Dalam kejadian itu, pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi pula datang dari arah Kepala Batas menghala ke arah Sungai Lokan di Butterworth. Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu BMW terbabit telah hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta Perodua Myvi dari arah bertentangan.

“Pemandu BMW tersebut tidak mengalami kecederaan manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31 dan Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32.

Kosmo! difahamkan, mangsa terbabit merupakan guru di sebuah sekolah di daerah Timur Laut, namun maklum lanjut akan dikemas kini dari masa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI