fbpx

Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Selangor FC. Foto oleh FARIZ RUSADIOKOSMO!

PETALING JAYA – Aspek keselamatan menjadi perkiraan utama buat Selangor FC yang mengambil keputusan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Walaupun berat, keputusan itu dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid, baru-baru ini.

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024 ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan daripada insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain serta pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan serta ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” menurut kenyataan Selangor FC, sebentar tadi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Selangor FC, sebentar tadi.

Sebelum ini MFL membuat keputusan untuk mengekalkan perlawanan itu dan menolak permohonan Selangor FC selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.

Daripada makluman MFL, Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI