fbpx

Varian baharu Omicron, BF.7 dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simptom awal varian BF.7 adalah sama seperti Omicron iaitu batuk, sakit tekak, selesema dan keletihan melampau. - Shutterstock

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal terhadap imunisasi dinamakan BF.7, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Digelar sebagai ‘benih Omicron’, pakar-pakar memberi amaran varian baharu itu merebak dengan pantas dan boleh menjadi dominan dalam masa beberapa minggu lagi.

Di Eropah, Belgium menyaksikan sebahagian besar jangkitan dengan BF.7 membentuk 25 peratus daripada kes Omicron yang dilaporkan.

Ia diikuti oleh Jerman dan Perancis masing-masing sebanyak 10 peratus, demikian menurut pusat  data Covid-19  yang dikemas kini setiap hari oleh penyumbang dari universiti di Britain dan Australia.

Naib Pengerusi Perubatan bahagian integriti data dan analisis Jabatan Perubatan Universiti Johns Hopkins, Dr Stuart Ray memberitahu,  sub-varian itu mempunyai perubahan dalam protein ‘spike’.

“BF.7  juga mempunyai perubahan dalam jujukan nukleotida yang boleh menyebabkan ia berkelakuan berbeza daripada sub-varian lain. Namun, sejauh mana ia akan bermutasi adalah persoalan yang masih menjadi tanda tanya,” jelas Ray.

Oleh kerana varian BF.7 baharu adalah serupa dengan Omicron, tanda amaran awal jangkitan adalah lebih kurang serupa iaitu batuk, sakit tekak, keletihan melampau dan hidung tersumbat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI