fbpx

[VIDEO] Emas bermakna buat Aisyahtulfitriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aisyahtulfitriah

TIDAK cemerlang dalam akademik bukanlah pengakhiran buat atlet kelahiran Kedah, Aisyahtulfitriah Abdul Mohd. Hasbi selepas diangkat wira membantu skuad ragbi wanita Kedah me­rangkul pingat emas sulung pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) kelmarin.

Atlet berusia 18 tahun itu mengakui ia adalah kejayaan tertinggi dan paling bermakna dalam kariernya selepas tidak cemerlang dalam pelajaran, sekali gus menghadiahkan pingat emas tersebut kedua ibu bapanya.

Pada saingan tersebut, Aisyahtulfitriah mempamerkan semangat juang tinggi apabila membantu pasukan ragbi wanita Kedah muncul juara selepas menewaskan Selangor 17-12.

Aisyahtulfitriah mencuri tumpuan apabila melakukan dua try untuk memastikan kemenangan pada aksi final Sukma 2022 itu menjadi milik mereka.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada pasukan saya (Kedah) yang selalu sokong saya dari ‘kosong’ hingga lah berada pada tahap ini.

“Saya nak minta maaf kepada ibu dan ayah kerana saya hanya mampu lakukan pada tahap ini sahaja. Saya boleh banggakan mereka berdua kerana saya tak boleh banggakan dekat pelajaran. Untuk sukan saya rasa boleh lakukannya,” katanya dalam nada sebak.

Aisyahtulfitriah mengakui penglibatannya dalam sukan ragbi pada mulanya tidak mendapat restu keluarganya, namun selepas menerangkan minatnya itu akhirnya keluarga boleh menerima.

“Ayah saya tak suka saya bermain ragbi kerana kita tahu sukan ini lasak. Tetapi oleh kerana minat, saya teruskan bermain. Ada masanya saya terpaksa mencuri keluar untuk jalani latihan.

“Apa pun, kemenangan ini khas buat ibu dan ayah saya walaupun saya tahu pada mulanya mereka marah dekat saya untuk terus bermain dalam sukan ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI