fbpx
Kumpulan Ubi 'mengutuk' Sajat dalam persembahan Superlawak Megastar, semalam.

Berani mati, Ubi kutuk Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Program Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 yang melabuhkan tirainya semalam menyaksikan para penonton ketawa besar apabila nama Sajat menjadi sebutan.

Nama usahawan kontroversi itu dipetik dalam persembahan pertama kumpulan Ubi yang dianggotai oleh Fad, Syarif dan Namie.

Dalam persembahan tersebut, walaupun nama Sajat tidak disebut dan dikutuk secara jelas, namun orang ramai boleh mengagaknya apabila negara Australia disebut.

“Entahlah kakak ke abang aku yang duduk Australia tu, aku kadang keliru nak panggil apa dia,” jelas Namie dalam persembahan tersebut, semalam.

Namun, dalam satu hantaran di TikTok hari ini, Sajat tampil dan mengucapkan tahniah kepada kumpulan tersebut yang muncul sebagai juara program terbabit.

“Berani mati dia kutuk Sajat walaupun tak cakap secara tepat nama saya, berani dia kutuk menang ke Ubi ni semalam?

“Tak ada lah saya tak marah mereka, saya bergurau sahaja. Tahniah Ubi kerana muncul sebagai juara semalam,” jelas Sajat.

Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 telah menobatkan kumpulan Ubi sebagai juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000 serta piala.- KOSMO! ONLINE.

POPULAR