fbpx

Jangan stres, nanti botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mengalami stres atau tekanan merupakan antara punca utama seseorang itu terdedah kepada masalah keguguran rambut sehingga menjadi botak.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi perkongsiannya di kumpulan Telegram memaklumkan selain stres, perubahan hormon serta sejarah keluarga (alopecia androgenik) juga merupakan penyumbang kepada masalah rambut menipis.

“Selain itu, pengambilan suplemen dan ubat turut memberi kesan kepada masalah keguguran rambut serta kekerapan melakukan rawatan rambut yang pelbagai secara berlebihan,” jelasnya.

Sementara itu, perkongsian di portal, Hello Doktor mendedahkan botak pada bahagian tengah menjadi antara masalah yang sering berlaku seiring pertambahan usia.

“Walaupun lelaki lebih sinonim dengan masalah rambut botak, namun kaum wanita juga tidak terlepas daripada masalah ini.

“Ia juga boleh berlaku kepada mana-mana peringkat umur, namun ia lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang berusia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI