fbpx

Beregu skuasy wanita Sabah idam kejutan di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEN LI (kanan) dan Xin Ying mengambil masa 40 minit untuk menewaskan Ainaa-Yiwen pada aksi separuh akhir di Pusat Skuasy Nasional hari ini.

KUALA LUMPUR – Beregu skuasy wanita Sabah, Lai Wen Li-Yee Xin Ying mencipta kejutan sensasi apabila mara ke final temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Wen Li-Xin Ying bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk menewaskan beregu Wilayah Persekutuan, Noor Ainaa Amani Ampadi-Chan Yiwen 7-11, 11-6, 11-10 dalam tempoh 42 minit pada aksi separuh akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Kemenangan itu amat bermakna buat mereka kerana Ainaa-Yiwen pernah menewaskan juara dunia dari India, Joshna Chinappa-Dipika Pallikal sewaktu Sukan Komanwel Birmingham 2022.

“Saya dan pasangan (Xin Ying) tidak letak harapan tinggi, cuma mahu fokus kepada permainan sendiri kerana kami memang mahukan kemenangan ini,” kata Wen Li.

Wen Li yang kini menuntut di Universiti Cornell di New York, Amerika Syarikat, bertekad untuk memberikan aksi terbaik di pentas final esok menentang pasangan adik-beradik dari Kedah, Aifa-Aira Azman.

Aifa-Aira menepati ramalan mara ke final selepas menewaskan rakan sepasukan, K. Sehveetrraa-Wong Heng Wai 11-5, 11-8 dalam satu lagi aksi separuh akhir hari ini.

“Kami sentiasa mempercayai kemampuan satu sama lain. Satu lagi aksi sukar esok tetapi kami fokus untuk dapatkan satu per satu mata terlebih dahulu,” jelasnya.

Sementara itu, Yiwen mahu menebus kekecewaannya dengan membawa pulang pingat gangsa selepas terdahulu menjuarai perseorangan wanita menewaskan Aira di Pusat Skuasy Jalan Duta kelmarin.

“Sedih juga kerana tidak dapat menang dua emas pada Sukma ini. Kami akan bangkit kerana kami perlu menang pingat gangsa esok,” kata Yiwen.

Sebagai rekod, Ainaa-Yiwen terlepas untuk meraih gangsa selepas tewas kepada Aifa yang bergandingan denhan Rachel Arnold sewaktu penentuan pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI