fbpx

Bapa mengaku tidak bersalah dapatkan suapan melalui syarikat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zulkrnin (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Seberang Perai Utara di sini hari ini. - FOTO/ IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mendapatkan suapan bagi membolehkan syarikat milik anaknya dipilih sebagai pembekal perkhidmatan dan beberapa barangan dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zulkrnin Abdul Rashid, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zulkrnin didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pembantu tadbir gred N22 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai untuk mengesyorkan syarikat milik anak sulungnya, Salam Rizqi Maju Enterprise melalui lima nota minta bernilai RM8,890.

Antaranya adalah perkhidmatan mengambil dan menghantar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubok ke ILP Arumugam Pillai bernilai RM550.

Selain itu, tertuduh turut didakwa mengesyorkan syarikat sama bagi kerja pembekalan poster Covid-19 untuk kegunaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan peralatan pencegahan dan SOP pandemik Covid-19 di ILP Arumugam Pillai yang masing-masing bernilai RM950 dan RM4,790.

Kakitangan kerajaan itu juga dituduh menggunakan kedudukannya bagi membolehkan syarikat itu membekalkan perkhidmatan makanan dan minuman bernilai RM600 serta membekalkan jata negara dan pemasangan cermin gelap kenderaan berjumlah RM2,000.

Tertuduh didakwa melakukan kegiatan terbabit di ILP Arumugam Pillai bermula Februari sehingga Julai 2020.

Mohd. Zulkrnin didakwa melakukan kelima-lima kesalahan itu mengikut Seksyen 23(1)) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau lima kaki ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Mohd Zulkrnin yang juga bapa kepada tiga anak merayu jaminan dikurangkan berikutan tertuduh hanya memperolehi gaji bulanan sebanyak RM1,200 selain kini dalam proses penceraian.

Zulhazmi kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 beserta seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh perlu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah sehingga kes selesai, perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan dan tidak dibenarkan mengganggu saksi kes. Kes akan disebut semula pada 21 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI