fbpx

Terdesak, Jessica Iskandar terpaksa jual rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSICA ISKANDAR

PELAKON juga pengacara jelita, Jessica Iskandar dikhabarkan terpaksa menjual sebuah rumah mewah miliknya yang terletak di Jakarta, Indonesia bagi membiayai kos kerugian akibat ditipu seorang rakan kongsi perniagaannya.

Perkara tersebut disahkan abang kandungnya, Erick Iskandar. Menurut Erick, pelakon berusia 34 tahun itu telah kehabisan banyak wang selepas terpaksa menanggung kerugian sekitar RM3 juta selepas 11 buah kereta mewah miliknya dilarikan rakan kongsi.

“Jessica terpaksa menjual rumahnya di Jakarta dan telah pun berjumpa dengan beberapa individu yang mahu membeli rumah tersebut,” kata Erick.

Sementara itu, Jessica juga sehingga kini masih buntu apabila pihak polis belum menemukan sebarang petunjuk dan gagal menjejaki rakan kongsinya yang dikenali sebagai Christoper Steffanus Budianto atau Steven.

Bagaimanapun, pelakon filem Dealova itu masih mampu menitipkan kata-kata positif untuk mengubati hatinya supaya sentiasa cekal dan tabah dengan dugaan yang berlaku.

“Ketawa atas penderitaan diri sendiri. Sabar dan ikhlas. Banyakkan berdoa cara paling mudah untuk mengurangi tekanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI