fbpx

APMM tahan dua bot kenka langgar syarat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu daripada bot kenka yang ditahan di Kuala Gula di Kuala Kurau semalam.

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau menahan dua buah bot kenka di Kuala Gula di sini sekitar pukul 12 tengah hari semalam kerana didapati melanggar syarat lesen.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin, pasukan bot peronda APMM telah mengesan dua buah bot terbabit sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, pihaknya telah memintas dan merapati kedua-dua bot tersebut untuk untuk pemeriksaan.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan kedua-dua bot terbabit menemukan seramai empat kru warga tempatan termasuk tekong berumur antara 31 hingga 62 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen bot mendapati kedua-dua buah bot terbabit mempunyai lesen yang sah namun pemilik telah melanggar syarat lesen dengan tidak mengusahakan sendiri bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Mohd. Najhan berkata, sebanyak 100 kilogram ikan baja turut ditemui semasa pemeriksaan dilakukan.

Kesemua kru nelayan, bot, peralatan menangkap ikan dan hasil ikan baja di bawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat lesen,” katanya.

Sebarang salah laku jenayah dan kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada APMM di talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI